Rabu, 28 April 2010

Moto Sekolah

Hidup Berilmu


Adalah cita-cita dan hasrat sekolah ini untuk membimbing dan membekalkan murid-murid dengan pelbagai ilmu yang secukupnya. Konsep dan kesedaran pentingnya menuntut ilmu perlu diterapkan di kalangan murid sejak dari kecil lagi.

Dengan ilmu, murid dapat bersedia dan tabah menghadapi masa depan yang lebih mencabar selaras dengan hasrat dan harapan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju di mata dunia.

Di samping itu, Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu. Sekiranya ramai rakyat Malaysia berilmu ianya dapat menaikkan martabat bangsa dan negara di dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan